Welcome to my enchanting blog
Your pleasure is mine too

Friday 30 September 2011

Bertukar Blog Lagi! Jangan Ketawa Na....

Assalamualaikum....

N3 kali nak bagi tau saya dah bertukar blog lag. What??? Baru 4 hari blod Gerobok Antik di rasmikan dah bertukar? Biar betol. Apa nak buek, omaknya lombap, anak ei yg baru 11 tahun pun tak la cekap bona. Last2 blog jadi tunggang langgang... Jadi jumpa saya di sana  antik muda

Thursday 29 September 2011

Jaga-Jaga Jangan Tersilap Beli Barang Antik, Kadang-Kadang Berantu

Bila  saya pergi terjah blog yang ada menjual/memiliki barang antik , rata-rata saya rasa terpegun dengan koleksi peminat yang ada di Malaysia ini. Keghairahan peminat untuk memiliki barangan tersebut jelas terpancar dengan kesanggupan mereka meredah kampung serta  kawasan pendalaman yang ulu nangok tu. Bukannya apa, barang antik adalah barang lama, biasanya disimpan oleh orang tua. Orang tua biasanya tinggal di kampung, lagi pendalaman lagi banyak barang tersebut diperolehi. Kesukaran pengangkutan, kurangnya pendedahan mengenai "value" suatu barang antik serta tiada tempat untuk dipasarkan menyebabkan barangan antik tersebut masih terselamat daripada bertukar tangan.

Masyarakat zaman dulu hidupnya penuh seni. Rumah-rumah mereka sarat ngan ukiran yang cantik. Pinggan mangkuk dahulu tengoklah, tak dibiarkan leper bersagi sahaja. Kalau polos pun, cuba lihat tangkai cawan mesti berlengkar punya .

Namun begitu, barangan antik ni terkenal juga seolah-olah ada penjaganya terutamanya peralatan seperti senjata  keris/pedang. Adakah hanya masyarakat di negara sebelah timur sahaja yg percaya mitos ini? Tak juga, dari filem2 Barat, juga ada memaparkan unsur tahyul/mistik ini. Samada nak percaya atau tidak, terpulang kepada diri masing-masing. Mengikut fahaman saya yang dangkal ini, hantu itu tidak ada, yang ada hanyalah jin / syaitan. Jin boleh menjelmakan diri dalam pelbagai rupa untuk menakutkan manusia. Mereka sendiri tidak ada kuasa untuk memudaratkan manusia melainkan dengan izin Allah. Dan sebaik-baik  jin adalah sejahat-jahat  manusia. Bayangkan betapa tergelaknya mereka terbahak-bahak tengok kita takut pada mereka. Mesti korang tanya pulak 'abih yg ko banyak cakap tapi takut antu apasal?' Saja...

Saya masih ingat bila arwah abah diberi sebatang /sepucuk (?) keris apa penjodoh bilangannya korang, lupo pulak den. Dengan. izin Allah abah demam kuat seminggu tak bangkit. Malam terakhir dia bermimpi orang tua berjubah putih datang suruh pulangkan keris tersebut kembali pada kawan. Patutle beria beno kawannya nak bagi... Mungkin kawan2 lain juga ada cerita yg lagi seram, kongsi lah rakan blogger semua, nak tahu. Kalau nak tau cerita pasal kawan anak saya Nen, bagitaula, nanti saya cerita. Tapi itu off topic , tak dak kaitan ngan pinggan...


Layann...

Wednesday 28 September 2011

Doktor pun kena baca N3 ni!

Saya rasa sebahagian besar pengunjung blog ini adalah terdiri dari wanita dewasa. Bagi yang masih muda tu, jangan risau tak lama lagi awak akan jadi berumur juga. Itu adalah putaran alam. Jadi dalam blog ini selain dari bercerita tentang barangan antik, saya juga akan menyelitkan dimana mungkin petua-petua kesihatan yang diamalkan seluruh dunia. Sama-sama kita manafaatkannya, sebab kita pun akan jadi antik gak...

Selepas berhenti kerja, masa saya banyak dihabiskan dengan surf internet. Antara bahan bacaan yang suka saya baca adalah tentang petua kesihatan (dan tidak lupa juga petua kecantikan dan awet muda). Ini mungkin kerana cita-cita saya untuk menjadi doktor, tidak kesampaian kerana saya takut hantu. Doktor kan ke kena bedah mayat. Tawaran ke matrikulasi saya tolak. Walau macam mana pun kursus yang diambil di uni dulu (kimia) banyak juga membantu untuk memahami tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan.Tubuh kita hanyalah sebuak makmal, yang mana tindakbalas kimia , biologi dan fizik berlaku.......Saya kumpulkan petua-petua yang dikatakan banyak testimoni keberkesanannya dari seantero dunia. Ada antaranya telah samada saya, keluarga atau jiran praktikkan dan didapati berkesan. Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, jika tidak berkesan pada anda semua, tak dapek den nak  nolong eh! Kerana yang menyembuhkan hanya Allah jua. Doa dan restu dariNya adalah yang paling penting kita panjatkan.

Jika ada pembaca nak tambah mana2 petua yang dirasakan berkesan, silakanlah. Rasanya ramai kawan2 blogger yang mengalu2kannya. Saya juga tidak bertanggungjawab jika berlaku kompilasi selepas mengamalkan petua tersebut. Seeloknya tanya pendapat doktor dahulu sebelum memulakannya.

Jika ditanya adakah saya masih takut hantu. Jawapannya YA. Walaupun saya tahu ia hanyalah satu bayangan perasaan. saya masih berlari naik tangga ke atas jika tersedar rupa2nya anak saya sudah tinggalkan saya yg asyik blogging hingga ke malam. Anak2 nak masuk tidur esok nak pi sekolah.  Tiada seorang pun anak saya penakut macam saya, alhamdulillah. Namun saya heran macammana org lain tidak ada perasaan takut. Ni kena buat kajian ni....



 

Tuesday 27 September 2011

STOP! Jangan kawen dulu

Mesti korang tertanya, apalak kaitan tajuk di atas ngan N3 kali ni?. Korang layan je dulu baru tau, ni tak belum apa2 korang dah tanya.


Di awal perkahwinan saya dilayan umpama anak agong. SEGALA kehendak saya dipenuhi oleh MRMone. Saya pulak bukanlah jenis yang letak grey matter kat ataih lutut, minta nak beli apa2 pun tengok keupayaan laki. Laki dahlah gaji ciput je...(ingat lagi tak N3  terdahulu, gaji MrMone dibayar sebahagian je, saya plak tertahan selama 10 bulan). Dalam gaji nyawa2 ikan tu, saya beli jugak beberapa benda yg saya minat. Antara benda yg saya tak miss beli adalah majalah home deco. Ntah apa namanya pulok lupa saya, majalah sebelum Anjung Seri ( nampaknya grey matter mula berasur turun ke kepala lutut....hahaha). Majalah tu banyak memaparkan konsep IndoChina dan Bali, yang menekankan unsur alamiah dan agak terarah ke konsep minimalist. Jadi barangan tembikar  serta antik banyak digunakan.


Saya yang terkenal tak mempunyai pendirian teguh, agak terpengaruh ngan konsep tersebut. It was 'cool' pada masa tu. Lagi plak, laki saya yang belum dapat gaji penuh ditambah plak saya yg langsung tak dapat gaji walaupun bekerja tetap dan berpencen, memang duit ngam2 je. Takkan tiap2 bulan nak miss bayar sewa rumah, jatuhlah imej . Agak bernasib baik sebab barangan tersebut boleh dikutip bila balik kampung atau beli dari apek2 dan mak nya. Saya juga kerap mendapat rezeki tergolek.

Suatu hari saya ke pasar, tengah dok belek2 daun pucuk ubi (memang sah org Perak), terdengar bunyi bising
apek pakai tshirt pagoda sedang marahkan sesuatu.

Apek : Haiya! #BG^%$BH <MJ::76  BG5$#@BG

Senang saja aku nak tau apek tu cakap apa. Apek tu sedang marah2 sambil tangan nya membuat perkataan mencarut. Busybody, aku tanya apek apasal.

Apek : sudahlah gua kasi lu beranak dalam pasu gua, lu kasi berak dekat sini apa pasai. Manyak musut, sapa mau datang...

MrsMone : Tu la toke, lu tarak guna itu pasu, apasai mau simpan.

Apek : Lu angkatla. Tapi lu angkat sekali sama kucing.


Maka pasu tu, kami angkut dengan motor. Kucing yang kami letak atas raga depan kami tinggalkan, hanya 20 m dari gerai apek. Kesian kucing tu, nak cari makan kalau dekat pasar mudah. Nak bawa balik, kami pun ngam ngam makan...

Jadi Merahsamar mesti tanya, apalak kaitan Tajuk ngan N3?  Adalah dinasihatkan sebelum kawen, budak2 pempuan tengok dulu majalah dan fesyen terkini pinggan mangkuk. Bila baru kawen, minta siap2 kat cek abang suruh beli. Kalau dah lama kawen , ada org bila mintak kat cek abang, dia kata "boleh belah'. Tapi tak semua la. Ada gak cek abang yang tak berubah sampai bila2 pun. Yg mana ok, berubah atau tak berubah sampai bila2? You answer yourself


See ya....

Monday 26 September 2011

ada kutu dilarang, jadi kutu taboo, main kutu ok aje

Mesti korang heran apa punya tajukla yg kat ataih tu. Jangan layan rasa terpinga anda kerana jawapannya mudah aje.Kutu di atas membawa 3 maksud yang berlainan. (Ni boleh jadi modal utk soalan Abby Farhana kat dalam Sinar FM)

Ada kutu dilarang : siapa pun tak mau kepala gatal kerana berkutu. Kutu disini adalah sejenis hewan.

Jadi kutu taboo : Kutu di atas adalah samseng/penyangak/sampah masyarakat. Bencinya org Melayu kepada haiwan kutu terpancar dengan melabelkan samseng mat rempit sebagai kutu. (agaknya org Melayu benci kutu lebih dari mat rempit sebab mat rempit tu kadang2 terdiri dari anak sendiri hahaha)

Main kutu ok aje - main kutu ini adalah sistem berkongsi wang untuk beli sesuatu secara bergilir. Mak MrsMone adalah peminat nombor 1 sistem  main kutu ni.

Dalam N3 terdahulu ada diberitahu, selepas berpindah mengikut suami, gaji saya tertahan selama 10 bulan.  Lama tuh! Rasa nak penampar je bila nampak Menteri Pelajaran kek dalam tv. Rumah saya masa tu macam padang jarak padang terkukur. Apapun tak ada kecuali tilam bantal (penting tu!) dengan pinggan mangkuk.  yg dibeli dari Singapore dan kedai ikan masin. Untuk langsir, cukup dengan kami tutup nako, dah tak nampak apo bondo buek kat dalam hahaha...

Tiba2 nak dijadikan cerito, ada org jual pinggan mangkuk secara main kutu.Dengan menggunakan sepuluh jari untuk buat kira2 perbelanjaan dapur, rasanya bolehlah kut bayar RM20 sebulan (harap2 sewa rumah tak la miss....) 
Saya pun menjaga 'set yang tak lengkap' pinggan yg dibeli tu dengan penuh belaian kasih sayang. Tanpa saya ketahui brand yg saya beli tu adalah brand yg mahai dan sekarang dah jadi antik, Johnson Brothers Indian Tree kahkahkah.

Dan alangkah seronoknya kalau boleh saya menambah saki baki yang tak cukup tu.....

Untuk collectors out there. Go for it. Kalau tak mampu ajak kengkawan main kutu. Apa??? Kutu diharamkan kerajaan? Apasal  pulak yong ? Itu kutu duit, yg org China suka dok main tu, itu sebab tokeh boleh bawak lari. Ni kutu Royal Albertlah yong, bawak lari lebih2, pecahlah dia.... Teringat plak kat peribahasa sorang kawan "Cinta itu telur. Bila pecah ia cayor...."


......aah Royal Albert yang ingin ku milikki.....


        



       


Sunday 25 September 2011

Jangan Pandang Rendah Kedai Ikan Masin

Saya telah ditakdirkan bertemu jodoh ngan MrMone pada 1985 (18 Nov - ingat tarikh tu kot2 korang nak kasi hadiah senang). Rumah kami kosong sebab kami berdua bukannya dr latar belakang orang berada. Pinggan mangkuk yg kami guna adalah Corelle yg saya angkut skit2 dr Singapura ( Sebelum kawen posting kat Kluang) Hujung minggu masa di  Kluang, saya tak ada kawan, bf plak jauh kat utara, housemate plak asyek balik Batu Pahat kononnya nak jumpa mak dia (padahal nak jumpa bf). Jadi saya apa lagi, dari asyik dok pandang syiling naikla bas ke Woodlands atau Orchard Road. Amboi tempat shopping tak kalah, walaupun kadang2 balik tinggal duit ngam2 tambang je.....


Nak ditakdirkan plak, selepas ikut suami ke utara, saya tak dapat gaji hampir 10 bulan. MrMone plak dpt gaji tahap MCE, belum dilantiklah, maklumat degree tak lengkaplah dll. Alhamdulillah sekarang JPA tak macam tu lagi. Jadi hidup kami sgt susah. Tiap2 bulan beli siap2 ration makanan utk sebulan ikan bilis, cabai kering dll. Beli punya beli terpandang kat ataih para paling atas pinggan mangkuk utk dijual, tapi dah berabuk, berapa lama kat situ ntah. Saya tak kira, nampak cantik terus nak beli.

MrsMone : Tokeh itu pinggan you kasi lelong ka, adaka org mau?

Tokeh:   Itu bapak saya dulu juai. Lu mau angkatla RM150.

MrsMone : Ceh! tokeh barang berabuk hang juai mahai. Hang kasi kurangla, kalau tidak tarak sapa mau

Tokeh : (Yg dalam kesibukan membungkus ikan sepat benua kering) Cincaila, kalau lu mau angkat,
                  RM120, lu kasi gua


 Maka koleksi pinggan ceramic Mikasa pun bertukar tuan dengan harga RM120. Maka dengan ini saya mengumumkan, pada bulan tu saya tak bayar sewa rumah.....kahkahkah


Sampai dirumah tak heran dah kat laki, terus basuh dan tengok patternnya. Masyaalah, what a beauty. Nanti saya upload gambarnya. Saya bukan reti benar pasal komputer ni, nak suruh anak darjah lima dia ada projek KH. Nanti dia free, saya suruh.

Selepas itu saya juga membeli satu tea set, puteh with gold trimming yg murah harganya. Kat belakang tertulis Czecskolavakia (betulkan sendiri ejaannya). Ada satu set pinggan mangkuk lengkap gambar country (mungkin Johnson Brothers) saya dok aim nak beli bila gaji lengkap dibayar nanti. Takkan tiap2 bulan nak miss bayar sewa rumah, satgi kena tendang  keluar, payah pulak jadinya. Rupa2nya bukan rezeki saya, tak taulah samada org lain menyedari kehadirannya atau bini tokeh ikan masin yang menyesali kebodohannya, set pinggan tersebut tidak lagi berada atas para paling ataih tu......


Jadi to all of you collectors out there, jangan under estimate. Walaupun dibawah penuh dengan berbakul2 ikan masin tenggiri yang bau tak menyenangkan, gelama masam yang selalu ada ulat menyorok, sotong kering yg walau rendam semalaman dengan air abu tak lembut, ikan bilis gred B dan sebagainya, tengok sama bahagian atas. Mana tau, kalau ada rezeki, mungkin kat atas tu ada Royal Albert rose collection.... Dan belajar sama dari saya cara nak dapatkan harga murah'

Bukan Pompuan Kalau Tak Suka Pinggan Mangkuk

Tanya skit, korang suka tak kolek pinggan mangkuk ni? Kalau tak suka bukan namanya org pompuan la korang.  Tak kiralah tinggal di Edinburgh ke, menetap di Sweden ke, buat rumah kat Batang Kali ke atau ikut suami ke Stoke -on- Trent, mesti ada kolek tak banyak skit pinggan mangkuk. Betul tak?

opah saya dulu kumpul banyak pinggan mangkuk sampai cukup untuk kenduri satu Pekan Parit. Ingat lagi saya dia ada banyak mangkuk gambor ayam dan ada juga yg tulis jawi. Tu belum masuk kukur nyor lagi, pelbagai rupe. Cucu cicit dia ramai, jadi kalau nak kenduri, senang. Sayang betui dia kat koleksinya sampaikan bila  kami bagi tersumbing sikit mesti  dia naik bengkeng berletior 'mangkok  berayon betul kamu'. Sayang tak tau sapa yang menghabiskan 'berpara-para' pinggan mangkuknya. Kalau saya dapat, tentu boleh juai mahai. Yalah opah meninggal umur lebih dr seratus tahun pada tahun 1980. Masa tu keme baru umur belasan tahun..... Koleksinya dr tahun sebelum 1900.

Obsesi opah turun pulak pada mak saya.  Masa tu kami tinggal di Bagan Serai ikut abah yg kerja mata-mata (nama antik bagi polis). Bila abah dapat bonus atau arrears (betul, tahun 60 an dah ada perkataan ni!) Mak dah jadi tak keruan dan sedap duduk. Terus ajak saya ke Parit Buntar kedai tepi sungai beli pinggan. Maka dapatlah saya sekali sekala naik bas dan makan rojak. Yg bestnya mak akan guna pinggan2 yg dibeli untuk kegunnaan harian.


Tahun 69 adik bongsu saya lahir. Mak bagi dia susu Dumex. Rasa macam mak saya sengaja je tak mau susukan badan adik saya. Dapat kupon, boleh tukar ngan pinggan.hahaha.... Bukan tu saja, tin susu turut jadi rebutan pada org2 kampung yg datang berziarah. Begitulah susahnya hidup org pada tahun 60an. Rasanya bekas plastik belum ada lagi lah. Beli barang pun bungkus dalam surat khabar. Pandai dia org jaga alam sekitar.


Awal 70an menyaksikan satu fenomena baru dalam 'pinggan meminggan' ni. Dah mula ada org menjual 'Pyrex' secara main kutu. Mak pun apa lagi mana lena tidur kalau tak join. Yg bestnya mak dah ada kemajuan, dia jadi tukang jual 'Pyrex'. Barulah tak membebel abah. Ni tidak, asyik bagi abah bangkrap. Beberapa tahun kemudian muncul plak Corelle, Durulex dan lain2 yg lambat pecah. Bila dah lambat pecah, lambatlah plak mak boleh ganti. Mak pun dah semakin tua, minatnya pelan2 memudar. Di kampung, kami masih guna Durulex yg mak beli hampir 40 tahun dulu. Macam yg aku kata, tak pecah-pecah......


------ to be continued - macam mana plak aku minat


  

Saturday 24 September 2011

Selamat Berkenalan

Selamat Datang


Sebenarnya ini bukanlah blog pertama saya dan apa yang saya harapkan ini adalah blog terakhir saya. Letihlah kalau ada banyak blog, nak set up mail addresslah, nak sign up as a new bloggerlah dan yang paling penting nak HAFAL password. Habih tu apasal lak saya buat blog baru? Hahaha soalan cepumas tu! Ada blog terdahulu yg berupa private dan ada blog yang saya dah terlupa password. (I think i need to remind myself to be more organized!). Dan yang paling penting adalah saya ingin berkenalan dgn you bloggers out there. Boleh bertukar2 pandangan atau knowledge mengenai minat tentang fesyen, home interior atau antik. Caring is sharing... Oleh kerana saya baru kali pertama blog pasal antik/home interior tunjuk ajar daripada rakan sangat saya alu2kan.
  


Kalau tengok blog kawan2 tentang English home interior, memanglah saya surrender awal2. Hobi ni perlu duit dan saya hanyalah surirumah yang suami berpendapatan sederhana. Tapi kalau dah minat, saya cuba juga incorporate dengan tema yang lama di mana yang mungkin. Jenguk2lah blog saya mungkin kita boleh bertukar atau memperkembangkan idea. 


Saya juga mempunyai sedikit koleksi antik yang dikumpul sejak 25 tahun dulu. Bukannya banyak pun dan banyak yang saya dah buang atau beri orang  sebab dulu tak ramai yang minat dan rumah teres saya dah tak dak tempat lagi dah nak bubuh semua tu. Itu tak dikira org yang curi pecah masuk rumah saya. Taulak pencuri tu barang antik!


Walau bagaimanapun saya ingin tanya, siapa tau harga sekeping syiling Malaya gambar queen bernilai 1 ringgit (tahun 1900)/ Puas saya google yg ada hanya syiling 1/4 cent, 1/2 cent atau 1 cent. Mungkin 1ringgit tak banyak kot. Kalau sapa2 berminat pm me ok. Nanti saya upload gambar