Welcome to my enchanting blog
Your pleasure is mine too

Monday 26 September 2011

ada kutu dilarang, jadi kutu taboo, main kutu ok aje

Mesti korang heran apa punya tajukla yg kat ataih tu. Jangan layan rasa terpinga anda kerana jawapannya mudah aje.Kutu di atas membawa 3 maksud yang berlainan. (Ni boleh jadi modal utk soalan Abby Farhana kat dalam Sinar FM)

Ada kutu dilarang : siapa pun tak mau kepala gatal kerana berkutu. Kutu disini adalah sejenis hewan.

Jadi kutu taboo : Kutu di atas adalah samseng/penyangak/sampah masyarakat. Bencinya org Melayu kepada haiwan kutu terpancar dengan melabelkan samseng mat rempit sebagai kutu. (agaknya org Melayu benci kutu lebih dari mat rempit sebab mat rempit tu kadang2 terdiri dari anak sendiri hahaha)

Main kutu ok aje - main kutu ini adalah sistem berkongsi wang untuk beli sesuatu secara bergilir. Mak MrsMone adalah peminat nombor 1 sistem  main kutu ni.

Dalam N3 terdahulu ada diberitahu, selepas berpindah mengikut suami, gaji saya tertahan selama 10 bulan.  Lama tuh! Rasa nak penampar je bila nampak Menteri Pelajaran kek dalam tv. Rumah saya masa tu macam padang jarak padang terkukur. Apapun tak ada kecuali tilam bantal (penting tu!) dengan pinggan mangkuk.  yg dibeli dari Singapore dan kedai ikan masin. Untuk langsir, cukup dengan kami tutup nako, dah tak nampak apo bondo buek kat dalam hahaha...

Tiba2 nak dijadikan cerito, ada org jual pinggan mangkuk secara main kutu.Dengan menggunakan sepuluh jari untuk buat kira2 perbelanjaan dapur, rasanya bolehlah kut bayar RM20 sebulan (harap2 sewa rumah tak la miss....) 
Saya pun menjaga 'set yang tak lengkap' pinggan yg dibeli tu dengan penuh belaian kasih sayang. Tanpa saya ketahui brand yg saya beli tu adalah brand yg mahai dan sekarang dah jadi antik, Johnson Brothers Indian Tree kahkahkah.

Dan alangkah seronoknya kalau boleh saya menambah saki baki yang tak cukup tu.....

Untuk collectors out there. Go for it. Kalau tak mampu ajak kengkawan main kutu. Apa??? Kutu diharamkan kerajaan? Apasal  pulak yong ? Itu kutu duit, yg org China suka dok main tu, itu sebab tokeh boleh bawak lari. Ni kutu Royal Albertlah yong, bawak lari lebih2, pecahlah dia.... Teringat plak kat peribahasa sorang kawan "Cinta itu telur. Bila pecah ia cayor...."


......aah Royal Albert yang ingin ku milikki.....


        



       


No comments:

Post a Comment