Welcome to my enchanting blog
Your pleasure is mine too

Thursday 29 September 2011

Jaga-Jaga Jangan Tersilap Beli Barang Antik, Kadang-Kadang Berantu

Bila  saya pergi terjah blog yang ada menjual/memiliki barang antik , rata-rata saya rasa terpegun dengan koleksi peminat yang ada di Malaysia ini. Keghairahan peminat untuk memiliki barangan tersebut jelas terpancar dengan kesanggupan mereka meredah kampung serta  kawasan pendalaman yang ulu nangok tu. Bukannya apa, barang antik adalah barang lama, biasanya disimpan oleh orang tua. Orang tua biasanya tinggal di kampung, lagi pendalaman lagi banyak barang tersebut diperolehi. Kesukaran pengangkutan, kurangnya pendedahan mengenai "value" suatu barang antik serta tiada tempat untuk dipasarkan menyebabkan barangan antik tersebut masih terselamat daripada bertukar tangan.

Masyarakat zaman dulu hidupnya penuh seni. Rumah-rumah mereka sarat ngan ukiran yang cantik. Pinggan mangkuk dahulu tengoklah, tak dibiarkan leper bersagi sahaja. Kalau polos pun, cuba lihat tangkai cawan mesti berlengkar punya .

Namun begitu, barangan antik ni terkenal juga seolah-olah ada penjaganya terutamanya peralatan seperti senjata  keris/pedang. Adakah hanya masyarakat di negara sebelah timur sahaja yg percaya mitos ini? Tak juga, dari filem2 Barat, juga ada memaparkan unsur tahyul/mistik ini. Samada nak percaya atau tidak, terpulang kepada diri masing-masing. Mengikut fahaman saya yang dangkal ini, hantu itu tidak ada, yang ada hanyalah jin / syaitan. Jin boleh menjelmakan diri dalam pelbagai rupa untuk menakutkan manusia. Mereka sendiri tidak ada kuasa untuk memudaratkan manusia melainkan dengan izin Allah. Dan sebaik-baik  jin adalah sejahat-jahat  manusia. Bayangkan betapa tergelaknya mereka terbahak-bahak tengok kita takut pada mereka. Mesti korang tanya pulak 'abih yg ko banyak cakap tapi takut antu apasal?' Saja...

Saya masih ingat bila arwah abah diberi sebatang /sepucuk (?) keris apa penjodoh bilangannya korang, lupo pulak den. Dengan. izin Allah abah demam kuat seminggu tak bangkit. Malam terakhir dia bermimpi orang tua berjubah putih datang suruh pulangkan keris tersebut kembali pada kawan. Patutle beria beno kawannya nak bagi... Mungkin kawan2 lain juga ada cerita yg lagi seram, kongsi lah rakan blogger semua, nak tahu. Kalau nak tau cerita pasal kawan anak saya Nen, bagitaula, nanti saya cerita. Tapi itu off topic , tak dak kaitan ngan pinggan...


Layann...

2 comments:

  1. Org dulu mmg ada pendampingnya.. Lg2 alatan senjata mesti diasap kemenyan. Berkaitan asap ni, mmg makanan jin.. Emmm keris = sebilah

    ReplyDelete
  2. kak gobok ada pendamping tak hehehe

    ReplyDelete