Welcome to my enchanting blog
Your pleasure is mine too

Sunday 25 September 2011

Bukan Pompuan Kalau Tak Suka Pinggan Mangkuk

Tanya skit, korang suka tak kolek pinggan mangkuk ni? Kalau tak suka bukan namanya org pompuan la korang.  Tak kiralah tinggal di Edinburgh ke, menetap di Sweden ke, buat rumah kat Batang Kali ke atau ikut suami ke Stoke -on- Trent, mesti ada kolek tak banyak skit pinggan mangkuk. Betul tak?

opah saya dulu kumpul banyak pinggan mangkuk sampai cukup untuk kenduri satu Pekan Parit. Ingat lagi saya dia ada banyak mangkuk gambor ayam dan ada juga yg tulis jawi. Tu belum masuk kukur nyor lagi, pelbagai rupe. Cucu cicit dia ramai, jadi kalau nak kenduri, senang. Sayang betui dia kat koleksinya sampaikan bila  kami bagi tersumbing sikit mesti  dia naik bengkeng berletior 'mangkok  berayon betul kamu'. Sayang tak tau sapa yang menghabiskan 'berpara-para' pinggan mangkuknya. Kalau saya dapat, tentu boleh juai mahai. Yalah opah meninggal umur lebih dr seratus tahun pada tahun 1980. Masa tu keme baru umur belasan tahun..... Koleksinya dr tahun sebelum 1900.

Obsesi opah turun pulak pada mak saya.  Masa tu kami tinggal di Bagan Serai ikut abah yg kerja mata-mata (nama antik bagi polis). Bila abah dapat bonus atau arrears (betul, tahun 60 an dah ada perkataan ni!) Mak dah jadi tak keruan dan sedap duduk. Terus ajak saya ke Parit Buntar kedai tepi sungai beli pinggan. Maka dapatlah saya sekali sekala naik bas dan makan rojak. Yg bestnya mak akan guna pinggan2 yg dibeli untuk kegunnaan harian.


Tahun 69 adik bongsu saya lahir. Mak bagi dia susu Dumex. Rasa macam mak saya sengaja je tak mau susukan badan adik saya. Dapat kupon, boleh tukar ngan pinggan.hahaha.... Bukan tu saja, tin susu turut jadi rebutan pada org2 kampung yg datang berziarah. Begitulah susahnya hidup org pada tahun 60an. Rasanya bekas plastik belum ada lagi lah. Beli barang pun bungkus dalam surat khabar. Pandai dia org jaga alam sekitar.


Awal 70an menyaksikan satu fenomena baru dalam 'pinggan meminggan' ni. Dah mula ada org menjual 'Pyrex' secara main kutu. Mak pun apa lagi mana lena tidur kalau tak join. Yg bestnya mak dah ada kemajuan, dia jadi tukang jual 'Pyrex'. Barulah tak membebel abah. Ni tidak, asyik bagi abah bangkrap. Beberapa tahun kemudian muncul plak Corelle, Durulex dan lain2 yg lambat pecah. Bila dah lambat pecah, lambatlah plak mak boleh ganti. Mak pun dah semakin tua, minatnya pelan2 memudar. Di kampung, kami masih guna Durulex yg mak beli hampir 40 tahun dulu. Macam yg aku kata, tak pecah-pecah......


------ to be continued - macam mana plak aku minat


  

4 comments:

  1. salam gerobok antik...dari mula saya baca entri sampai akhir sampai berair mata saya ..tak tahan nak ketawa..gerobok antik ni pandai melawak rupanya hehehe..

    .

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana jadi follower saya. As i said, this is not my first blog. Blog yg lama saya delete habis contentnya sempena kedatangan Ramadhan. Bukannya apa, frens dok enjoy baca, saya nanti lak kena berjawab kat akhirat ( saya baru baca tanda akhir kiamat - tu yg semangat tu!) Alih2 terjumpa blog merahsamar and frens coincidently, terus memudar azam tak mau berblog) Terus set up blog baru....(merahsamar mesti kata 'tak ada pendirian punya org tua' hahaha...

    ReplyDelete
  3. hehehe..kelakar la akak ni...tak tau nak komen apa gelihati saya baca..

    .

    ReplyDelete
  4. kelakar tu tak taula. Tapi me and frens suka joking, kalau merahsamar berkesempatan baca blog saya dulu mungkin tergolak (according to my frens la). Malaih dah nak tulis, kawan2 dok mengamuk sebab berenti abruptly. Nak layan cerita2 org tua plak sejajar ngan umur yang nak masuk 50 dah Nov ni.

    ReplyDelete