Welcome to my enchanting blog
Your pleasure is mine too

Sunday 25 September 2011

Jangan Pandang Rendah Kedai Ikan Masin

Saya telah ditakdirkan bertemu jodoh ngan MrMone pada 1985 (18 Nov - ingat tarikh tu kot2 korang nak kasi hadiah senang). Rumah kami kosong sebab kami berdua bukannya dr latar belakang orang berada. Pinggan mangkuk yg kami guna adalah Corelle yg saya angkut skit2 dr Singapura ( Sebelum kawen posting kat Kluang) Hujung minggu masa di  Kluang, saya tak ada kawan, bf plak jauh kat utara, housemate plak asyek balik Batu Pahat kononnya nak jumpa mak dia (padahal nak jumpa bf). Jadi saya apa lagi, dari asyik dok pandang syiling naikla bas ke Woodlands atau Orchard Road. Amboi tempat shopping tak kalah, walaupun kadang2 balik tinggal duit ngam2 tambang je.....


Nak ditakdirkan plak, selepas ikut suami ke utara, saya tak dapat gaji hampir 10 bulan. MrMone plak dpt gaji tahap MCE, belum dilantiklah, maklumat degree tak lengkaplah dll. Alhamdulillah sekarang JPA tak macam tu lagi. Jadi hidup kami sgt susah. Tiap2 bulan beli siap2 ration makanan utk sebulan ikan bilis, cabai kering dll. Beli punya beli terpandang kat ataih para paling atas pinggan mangkuk utk dijual, tapi dah berabuk, berapa lama kat situ ntah. Saya tak kira, nampak cantik terus nak beli.

MrsMone : Tokeh itu pinggan you kasi lelong ka, adaka org mau?

Tokeh:   Itu bapak saya dulu juai. Lu mau angkatla RM150.

MrsMone : Ceh! tokeh barang berabuk hang juai mahai. Hang kasi kurangla, kalau tidak tarak sapa mau

Tokeh : (Yg dalam kesibukan membungkus ikan sepat benua kering) Cincaila, kalau lu mau angkat,
                  RM120, lu kasi gua


 Maka koleksi pinggan ceramic Mikasa pun bertukar tuan dengan harga RM120. Maka dengan ini saya mengumumkan, pada bulan tu saya tak bayar sewa rumah.....kahkahkah


Sampai dirumah tak heran dah kat laki, terus basuh dan tengok patternnya. Masyaalah, what a beauty. Nanti saya upload gambarnya. Saya bukan reti benar pasal komputer ni, nak suruh anak darjah lima dia ada projek KH. Nanti dia free, saya suruh.

Selepas itu saya juga membeli satu tea set, puteh with gold trimming yg murah harganya. Kat belakang tertulis Czecskolavakia (betulkan sendiri ejaannya). Ada satu set pinggan mangkuk lengkap gambar country (mungkin Johnson Brothers) saya dok aim nak beli bila gaji lengkap dibayar nanti. Takkan tiap2 bulan nak miss bayar sewa rumah, satgi kena tendang  keluar, payah pulak jadinya. Rupa2nya bukan rezeki saya, tak taulah samada org lain menyedari kehadirannya atau bini tokeh ikan masin yang menyesali kebodohannya, set pinggan tersebut tidak lagi berada atas para paling ataih tu......


Jadi to all of you collectors out there, jangan under estimate. Walaupun dibawah penuh dengan berbakul2 ikan masin tenggiri yang bau tak menyenangkan, gelama masam yang selalu ada ulat menyorok, sotong kering yg walau rendam semalaman dengan air abu tak lembut, ikan bilis gred B dan sebagainya, tengok sama bahagian atas. Mana tau, kalau ada rezeki, mungkin kat atas tu ada Royal Albert rose collection.... Dan belajar sama dari saya cara nak dapatkan harga murah'

8 comments:

  1. wah boleh tahan juga kolkesi pinggan akak masa tu ye..ada corelle ,mikasa, shopping pun kat singapore hehehe

    .

    ReplyDelete
  2. dulu currency tukar rendah. Harga corelle sama ngan harga bunga kankung, baik beli corelle , masa tu. Tambang dr kluang - spore, RM5.00 je pi balik. Boleh bawak balik buah laici dalam tin and pear skali kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Assalam thanks sudi keblogg kita yang tak seberapa tu..tersenyum lebar kita baca entry ni..
    kita dapat bayangkan waktu pergi spore then balik dengan cukup2 duit tambang..heheh..memang waktu tu currencynya tak jauh sangat difference dia..sekarang dah sampai half kan..bila dah upload gamabr pinggan tu berithau kita ya..ingin pulak nak tengok pinggan manggkuk yang dibeli tu..

    ReplyDelete
  4. ayu, itu yg mahal tentang you. You r always humble. Tau tak kita org Mesia pandang org Singapore sama macam kita panjang org New York; padahal kita asal dari negara yg sama dulu. Kami rasa macam 'melukut di tepi gantang' Ada tak kat Spore ajar peribahasa? Dont ask me what melukut is. I have no idea myself kahkahkah

    ReplyDelete
  5. sorry typo PANJANG to be replaced with PANDANG! (tu pun ada hati nak berperibahasa) kahkahkah

    ReplyDelete
  6. kak.. entry yang best!

    minyak ketior tu saya dah tanya kawan2. deme kata dah tak jumpe dah org jualnyer...pokok dia pun tak ade dah..kena masuk hutan ler kut gamok kena cari buahnyer buat minyak.. tp member citer, dia pernah mkn nasi taruh minyak tu..mmg sedap katenye... entah, tak boleh bayangkan kesedapannye...mesti meleleh air liur ye...

    ReplyDelete
  7. best baca.aku gelak smpai anak aku heran aku gelak sorang2..

    ReplyDelete
  8. That is a good idea, I am very happy to read this article, and I agree with the issues of this post.plak beha I think this is the best impression. I am going to do something after read.

    ReplyDelete