Welcome to my enchanting blog
Your pleasure is mine too

Wednesday 28 September 2011

Doktor pun kena baca N3 ni!

Saya rasa sebahagian besar pengunjung blog ini adalah terdiri dari wanita dewasa. Bagi yang masih muda tu, jangan risau tak lama lagi awak akan jadi berumur juga. Itu adalah putaran alam. Jadi dalam blog ini selain dari bercerita tentang barangan antik, saya juga akan menyelitkan dimana mungkin petua-petua kesihatan yang diamalkan seluruh dunia. Sama-sama kita manafaatkannya, sebab kita pun akan jadi antik gak...

Selepas berhenti kerja, masa saya banyak dihabiskan dengan surf internet. Antara bahan bacaan yang suka saya baca adalah tentang petua kesihatan (dan tidak lupa juga petua kecantikan dan awet muda). Ini mungkin kerana cita-cita saya untuk menjadi doktor, tidak kesampaian kerana saya takut hantu. Doktor kan ke kena bedah mayat. Tawaran ke matrikulasi saya tolak. Walau macam mana pun kursus yang diambil di uni dulu (kimia) banyak juga membantu untuk memahami tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan.Tubuh kita hanyalah sebuak makmal, yang mana tindakbalas kimia , biologi dan fizik berlaku.......Saya kumpulkan petua-petua yang dikatakan banyak testimoni keberkesanannya dari seantero dunia. Ada antaranya telah samada saya, keluarga atau jiran praktikkan dan didapati berkesan. Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, jika tidak berkesan pada anda semua, tak dapek den nak  nolong eh! Kerana yang menyembuhkan hanya Allah jua. Doa dan restu dariNya adalah yang paling penting kita panjatkan.

Jika ada pembaca nak tambah mana2 petua yang dirasakan berkesan, silakanlah. Rasanya ramai kawan2 blogger yang mengalu2kannya. Saya juga tidak bertanggungjawab jika berlaku kompilasi selepas mengamalkan petua tersebut. Seeloknya tanya pendapat doktor dahulu sebelum memulakannya.

Jika ditanya adakah saya masih takut hantu. Jawapannya YA. Walaupun saya tahu ia hanyalah satu bayangan perasaan. saya masih berlari naik tangga ke atas jika tersedar rupa2nya anak saya sudah tinggalkan saya yg asyik blogging hingga ke malam. Anak2 nak masuk tidur esok nak pi sekolah.  Tiada seorang pun anak saya penakut macam saya, alhamdulillah. Namun saya heran macammana org lain tidak ada perasaan takut. Ni kena buat kajian ni....



 

1 comment: